Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Gejala Punk dan Skin Head

Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2



Number of posts : 47
Age : 39
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

Gejala Punk dan Skin Head Empty
PostSubject: Gejala Punk dan Skin Head   Gejala Punk dan Skin Head Icon_minitimeTue Jan 29, 2008 2:05 am

Mereka makin mengganas..mlm merdeka hari tue mem² aku bgtau diorg dikepung bdk punk n skinhead yg tgj mabuk..bkn indon tp anak melayu..mem² aku sempat la jgk brgaduh sekejap kt situ..nasib salah sorng mem aku nie anggota..kalo tk dh tentu icu diorg..diorg ckp bdk punk dh kepung 1 KLCC...so aku raser, baik kiter hapuskn saje diorg nie..diorg tk tau lg langit tinggi rendahkn...ikuti laporan nie..metro 1/09/2006...


KUALA LUMPUR: Sekumpulan âPunk Gondrongâ yang dipercayai mabuk bertempur dengan sebilangan warga Bangladesh ketika menyaksikan Konsert Ambang Merdeka di pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, malam kelmarin.

Kejadian tercetus apabila anggota Punk warga Indonesia itu cuba menyeluk saku seorang warga Bangladesh tetapi disedari mangsa lalu bertindak balas dengan memanggil beberapa rakan senegaranya.

Melihat kejadian itu, puluhan anggota Punk lain datang melindungi rakan mereka lalu berlaku pergaduhan membabitkan kumpulan warga asing terbabit.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa yang bertugas meleraikan pergaduhan itu bagi mengelak menjadi lebih buruk.

Ini disebabkan 500 anggota Punk berada di situ untuk berhibur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata polis menahan 19 anggota Punk itu kerana terbabit dalam pergaduhan selain menimbulkan suasana cemas kepada orang ramai yang menyaksikan konsert.

âMereka yang berusia 20 hingga 30 tahun berada di tengah-tengah 50,000 orang yang membanjiri pekarangan KLCC sambil menunggu detik 12 tengah malam untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-49.

âDalam siasatan awal, ada antara anggota Punk yang ditahan itu tiada dokumen perjalanan,â katanya.

Beliau berkata, sebaik polis memberkas anggota geng Punk terbabit, rakan mereka bertempiaran lari di celah lautan manusia itu.

âAnggota geng Punk itu berkumpul di situ untuk menyaksikan konsert sambil mabuk dan mengganggu orang awam di sekitar kawasan berkenaan.

âPolis juga akan menjalankan siasatan bagi mengesan beberapa lagi anggota Punk itu yang bergaduh di pekarangan KLCC,â katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian
Rakan Cop 03-21159999. Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
Back to top Go down
 
Gejala Punk dan Skin Head
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// PROBLEMOS :: MASALAH SEMASA-
Jump to: