Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

 

 PERINGATAN UNTUK KAUN MUSLIMIN.IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.DAJAL TERLALU HAMPIR.NABI ISA s.a AKAN TURUN

Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2



Number of posts : 47
Age : 39
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

PERINGATAN UNTUK KAUN MUSLIMIN.IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.DAJAL TERLALU HAMPIR.NABI ISA s.a AKAN TURUN Empty
PostSubject: PERINGATAN UNTUK KAUN MUSLIMIN.IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.DAJAL TERLALU HAMPIR.NABI ISA s.a AKAN TURUN   PERINGATAN UNTUK KAUN MUSLIMIN.IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.DAJAL TERLALU HAMPIR.NABI ISA s.a AKAN TURUN Icon_minitimeTue Jan 29, 2008 1:05 am

PERINGATAN UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan "Betul ke? ".Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka,suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi berkata " Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?" Jawab Saidina Ali r.a mafhumnya " Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa...tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka...insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka"

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya " Jika semua itu tidak berlaku...Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?"

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji'un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahdi a.s, tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembangan politik Arab Saudi. Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu.
Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaiman yang dijangka.

Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabanial bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh ( As-Sudainyyin ), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan ) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional.

Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma'ma'ah ( huru-hara ) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jamratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 Hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Mosaikh ( Dajjal ) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s ) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi,Al-Mosaikh( Dajjal ) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh Rasulnya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.

Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,00 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah s.w.t. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah s.w.t. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi ) mereka akan menyahut seruan datang berbai'at/berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar di seluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan mengubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan Teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulama' yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah s.w.t Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakan Kaum Yahudi menempah pedang-pedang Titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita?

Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bumi bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara dan saudari terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia ini akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi?Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan " masuk jawi " dan tulisan jawi?. Apakah maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim A.s semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail A.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim A.s sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudo telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, dimana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahun inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah s.w.t?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah s.a.w yang terasing, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a,s adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah s.a.w sebelah Saidina Hassan r.a dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia tetapi beliau adalah insan pilihan Allah s.w.t. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah s.w.t dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit di dalam Al-Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin. Ini cerita dalam Al-Quran. Manakala Rasulullah s.a.w hanyalah seorang anak yatim. Di saat pilihan sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama.Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti.
Beliau memiliki nusrah Allah s.w.t. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah s.w.t.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah s.w.t dan mengagungkan hanya Allah s.w.t. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Beliau adalah Amirul Mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul s.a.w. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pencinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta. Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelusuk bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah lam web zionis - " Temple institute". Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaun Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatang Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nanti sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi terlalu dekat. Kita tidak perlu membina Masjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah masjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah dengan penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkanlah rumah-rumah Allah s.w.t dengan amalan-amalan. Tingkatkanlah amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w sejak 1426 tahun lampau. Rasulullah mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah s.a.w mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat al-Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh.Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkanya!

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup dan mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir. Na'uzubillah. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

DOA FITNAH DAJJAL

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar doa berikut kepada para sahabat dengan begitu teliti sebagaimana menyampaikan ayat-ayat dari al~Quran :

Ya Allah, aku memohon perlindungan dariMu dan azabnya jahanam, seksa kubur,cubaan dikala mati dan fitnah dajjal !

H.R MUSLIM

KAIFIAT : Dibaca dalam 5 waktu solat fardhu selepas bacaan tahyat akhir sebelum memberi salam

FADHILAT : Allah s.w.t akan menyelamatkan pembaca dan keluarganya dari fitnah Dajal


Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.



Abu Basyir Ad-Daiki Al-Jawi


HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN
_________________________________________________________

Bulan & Tahun (M) Bulan & Tahun (H) PERISTIWA

Ogos 2005 Rejab 1426 Kematian Raja Fadh

September 2005 Syaaban 1426 -

Oktober 2005 Ramadhan 1426 1.Gerhana diawal bulan
2.Bunyi yang menggerunkan
ditengah bulan (malam)
3.Gerhana di tengah bulan
(siang)
4.Ada tanda dilangit seperti
Tiang bersinar

November 2005 Syawal 1426 Peperangan dan huru-hara

Disember 2005 Zulkaedah 1426 Konflik antara Negara Islam/ suku kaum

Januari 2006 Zulhijjah 1426 Pertumpahan darah di Mina pada
musim Haji

Februaru 2006 Muharram 1427 (Hari Asyura) Imam Mahadi di Bai'at

______________________________________________________________________________________________

*Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun

* WALLAHUALAM*
Back to top Go down
 
PERINGATAN UNTUK KAUN MUSLIMIN.IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.DAJAL TERLALU HAMPIR.NABI ISA s.a AKAN TURUN
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR.
» BUKU YG DIKARANG BERTUJUAN UNTUK MENYESATKAN UMAT ISLAM YANG KURANG BERPENGETAHUAN...!!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// INFORMASI SEMUA :: HAL EHWAL KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN WARISAN-
Jump to: