Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


 
HomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

 

 GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan...

Go down 
2 posters
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2



Number of posts : 47
Age : 39
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan... Empty
PostSubject: GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan...   GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan... Icon_minitimeMon Jan 28, 2008 9:40 am

Assalammualaikum abg², kakak² dan adik² semua....

sy cume nk sampaikan seperti tajuk di atas....


------------------------------------------------------------

DARI SEORANG KENALAN ( WARGA RELAXJAP)

SURAT PILIHAN: Syor pantau penggunaan alkohol dalam
makanan

SAYA, chef di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sebagai
seorang Muslim, saya kasihan dan bersimpati apabila
melihat ramai umat Islam sering tanpa disedari
'tersalah' makan tanpa mereka sedari terutama pabila
menikmati hidangan di hotel.

Saya dulu beragama Kristian tetapi memeluk Islam pada
pertengahan 2002. Selepas arif mengenai hukum halal
haram terutama dalam soal makanan saya menyedari wujud
terlalu amat banyak perbezaan dari segi pemakanan
terutama kepada umat Islam yang amat teliti
mengenainya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian, saya dapati banyak
kelemahan umat Islam sehingga tidak dapat membezakan
mana yang halal dan haram terutama makanan yang
dihidangkan di hotel tertentu.

Saya sedih dengan nasib saudara seIslam saya yang
tersalah mengambil makan kerana tidak dinafikan dari
segi menu yang dihidangkan memang 100 peratus halal.
Dari jauh saya hanya memandang mereka menelan makanan
yang tidak sepatutnya dijamah. Jadi menerusi surat ini
saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihatkan
umat Islam supaya berhati-hati apabila makan di hotel.
Sepanjang pengalaman saya menjadi chef, saya tidak
pernah melihat atau menjumpai logo halal yang
dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam sedangkan ramai
umat Islam menjadi pengunjung dan menginap di hotel
ini disebabkan beberapa urusan rasmi atau tidak rasmi.


Persoalannya, mengapa Jabatan Agama Islam tidak
mengiktirafkan makanan di hotel sebagai makanan yang
halal dimakan? Sudah tentu masyarakat tidak terkeliru
dan was-was dalam menikmati hidangan dari hotel ini.

Dari segi undang-undang, hotel di Malaysia tidak
dibenarkan menggunakan daging babi untuk sebarang
hidangan, bagaimanapun penggunaan alkohol dalam
makanan masih berleluasa lebih-lebih lagi untuk
dijadikan ramuan atau sos makanan. Oleh itu, untuk
mengelakkan diri daripada termakan hidangan yang
menggunakan alkohol dalam masakan, saya menasihatkan
pengunjung mengelak makan makanan barat, Cina dan
Jepun kecuali makanan Melayu dan makanan yang berasal
dari negara Islam.

Satu lagi masalah ialah mengenai daging ayam yang
disembelih dicampur aduk dengan daging ayam yang tidak
disembelih dalam peti sejuk di dapur hotel atau
restoran di merata tempat di negara ini, terutama di
Kuala Lumpur.

Saya merayu kepada Jabatan Agama Islam negeri dan
Wilayah Persekutuan supaya mengkaji dan menyelidik
makanan yang dihidangkan di hotel supaya tidak ada
unsur atau bahan yang tidak halal untuk dihidangkan
kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

Saya berharap kerajaan akan memantau dengan teliti
keadaan berkenaan bagi menjamin makanan yang
disediakan di hotel yang banyak dikunjungi orang
Melayu dan Islam benar-benar halal dan tidak
mengandungi sebarang bahan yang boleh menimbulkan syak
wasangka.

Selain menguatkuasakan logo halal, kerajaan menerusi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) haruslah
mengadakan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa
untuk memastikan hotel dan restoran mematuhi syarat
dan peraturan penyediaan makanan halal.

CHEF PRIHATIN,

Kuala Lumpur.
----------------------------------------------------------- confused confused confused
Back to top Go down
whitydragon




Number of posts : 7
Age : 35
Location : SHAHALAM,SELANGOR
Registration date : 2008-01-28

GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan... Empty
PostSubject: Re: GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan...   GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan... Icon_minitimeWed Jan 30, 2008 9:49 pm

nice news!!!


gud info...

ley wat tesis nih...


tongue
Back to top Go down
 
GEMPAR ! Hotel-hotel di Malaysia campur arak pada makanan...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Matlamat Kebanyakkan Pertubuhan2 Kebajikan Islamiah di Malaysia NGO |||
» NOTA DARI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN
» adakah anda berminat menyertai PASUKAN PENGAKAP KELANA SAHABAT MALAYSIA...???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// SHOUT IT LOUD! :: HOT STORY-
Jump to: